Tumpuan Gerak Kerja

PENTADBIRAN & KEWANGAN
Melaksanakan urusan operasi harian PEMBINA dengan cekap, sistematik dan telus meliputi aspek pengurusan pejabat, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia. Unit ini juga bertanggungjawab menguruskan penerbitan dan dokumentasi bahan-bahan PEMBINA.

UNIT PERANCANGAN & OPERASI
Menyediakan input-input untuk tujuan perancangan aktiviti PEMBINA dengan menumpukan kepada kerja-kerja pengumpulan data, pemerosesan data, penganalisaan data dan mengenalpasti maklumat-maklumat berkaitan pembangunan modal insan Malaysia. Unit ini juga berperanan sebagai urusetia Majlis Kerjasama Kepimpinan Yayasan (MKKY) yang menjadi forum Kepimpinan strategik di antara PEMBINA dengan Yayasan Negeri seluruh Malaysia.

UNIT PROGRAM & PROJEK STRATEGIK
Melaksanakan program-program dan projek-projek strategik yang dapat meningkatkan daya saing dan kualiti modal insan generasi muda Melayu menerusi pelbagai program penyelidikan & pembangunan, kursus dan latihan, seminar dan diskusi serta pelaksanaan projek-projek khas yang berimpak tinggi selaras dengan wawasan, misi dan objektif PEMBINA.