Sejarah Penubuhan

LOGO PEMBINAPemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) adalah salah satu inisiatif Keutamaan 12 Perkara (Agenda Melayu K-12) Majlis Tertinggi UMNO khusus untuk memperkasa pembangunan Modal Insan Warga Muda Melayu.

Penubuhannya adalah selaras dengan prioriti Agenda Melayu yang dipersetujui oleh Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Malaysia pada 25hb Ogos, 2005.

PEMBINA adalah Badan Bertindak Pendidikan Melayu (BBPM) yang dibentuk sebagai respons UMNO untuk menggabungkan semua Persatuan Pendidikan Melayu dalam membina kekuatan masyarakat pendidikan Melayu yang sama penting peranannya dengan institusi kerajaan, swasta, akademik dan perundangan untuk memperkasa bangsa dan negara seperti negara-negara maju yang lain.

PEMBINA telah diperbadankan pada 5hb Disember 2006 sebagai sebuah Syarikat Menurut Jaminan dan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)