Visi, Misi, Objektif

Visi

Memperkasakan Agenda Modal Insan Muda Melayu Melalui Kecemerlangan Pendidikan Dan Kemahiran

Misi

Memacu Gerak Kerja Menjana Kecemerlangan Pendidikan Warga Muda Melayu Sebagai Tunjang Masyarakat Berprestasi Tinggi

Objektif

  1. Menggerakkan sokongan rakyat, aktiviti-aktiviti dan NGO-NGO Melayu terhadap agenda Melayu yang dipelopori oleh UMNO khususnya berkaitan bidang pendidikan.
  2. Membantu melaksanakan dasar kerajaan meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar Melayu yang cemerlang dan berterusan melalui program-program yang terancang dan menepati sasarannya.
  3. Meningkatkan jalinan hubungan strategik di antara PEMBINA dengan Yayasan-yayasan Negeri dalam usaha membantu pelajar-pelajar Melayu yang sederhana dan lemah pencapaian akademiknya, menceburkan diri dalam bidang vokasional dan kemahiran demi survival mereka dan kemajuan negara.
  4. Menggembelingkan tenaga, kepakaran dan kerjasama para-para pendidik, ibu bapa, anggota masyarakat, NGO Melayu, kepimpinan UMNO dan pihak swasta untuk membangun dan meningkatkan keunggulan pencapaian akademik dan sahsiah pelajar-pelajar Melayu.
  5. Menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat Melayu di akar umbi dengan kerajaan melalui aktiviti-aktiviti pendidikan agar wujud semangat kekitaan antara rakyat dan kerajaan.