Cabaran-cabaran

  1. Membina daya saing dan kualiti pelajar-pelajar Melayu secara ‘holistik’ merangkumi aspek pencapaian akademik, jati diri, rohaniah, pemikiran, perwatakan, sikap, kreativiti, motivasi, kepimpinan, kesihatan dan juga sosial.
  2. Membela nasib dan masa depan pelajar-pelajar Melayu yang tercicir dalam akademik agar dapat membuat perubahan sikap dan menguasai kemahiran-kemahiran yang boleh meningkatkan ekonomi dan kerjaya mereka
  3. Menyediakan maklumat dan data yang tepat lagi terkini sebagai asas kukuh untuk menilai pencapaian, mengenalpasti permasalahan dan menyusun pelbagai tindakan strategik dalam menjana kecemerlangan generasi muda Melayu.
  4. Menjana idea-idea dan projek-projek atau program-program baru yang kreatif, inovatif serta berimpak tinggi dalam mendepani pelbagai keperluan dan cabaran untuk memperkasa kecemerlangan dan daya saing generasi muda Melayu masa kini dan masa depan.
  5. Memantapkan jaringan perkongsian pintar antara Masyarakat, NGO, Swasta dan Kerajaan dalam menjayakan pelbagai usaha menjana kecemerlangan generasi muda Melayu.