Program & Projek Yang Telah Dijalankan

PENYEDIAAN KERTAS MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN

  • Kertas ini telah disiapkan untuk pembentangan kepada mantan Perdana Menteri ketika itu YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi.
  • Kertas ini telah ditambahbaik oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah ketika itu YBhg. Tan Sri (Dr) Murad Mohamad Noor (Allahyarham).
  • Kertas itu juga telah dibincang di dalam mesyuarat Majlis Perundingan Dasar Pelajaran (MPDP), tetapi tidak sempat disampaikan kerana hajat Tan Sri ialah untuk menyampaikan sendiri secara bersemuka dengan Perdana Menteri.

KURSUS PENINGKATAN PERTUTURAN BAHASA INGGERIS UNTUK GURU MATEMATIK & SAINS

  • Bekerjasama dengan JPN Johor, PPD Kluang, Bhg. Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pelajaran dan Syarikat Centre of Masterplan Consulting Sdn Bhd mengadakan dan menjayakan Kursus Peningkatan Pertuturan Bahasa Inggeris bagi guru-guru Matematik dan Sains, serta Pengetua, Guru Besar dan Guru Kanan di kawasan Parlimen Sembrong/Kluang, Johor.
  • Seramai 61 orang guru telah mengambil bahagian dan tindakan-tindakan susulan telah dilaksanakan bersama-sama Centre for Modern Language (CML), Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan PPD Kluang.
  • Program ini telah mendapat peruntukan RM500,000.00 daripada YAB Datuk Seri Mohd. Najib Razak (Timbalan Perdana Menteri) pada waktu itu.

KAJIAN PPSMI

  • Kajian ini telah dilaksanakan pada Disember 2008 dengan kerjasama beberapa IPTA tempatan.
  • Kajian ini telah mendapat tajaan kerajaan Johor sebanyak RM380,000.
  • Dapatan-dapatan (findings) kajian ini telah dimasukkan ke dalam memorandum PPSMI yang dikemukakan kepad PM & TPM yang mendorong kerajaan memansuhkan dasar PPSMI dan menggantikannya dengan dasar Memperkasa Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

KOLOKIUM PPSMI

  • Majlis Kolokium PPSMI diadakan pada 27 Jun 2009 di Dewan Seminar Aras 3, Bangunan UBSA, Seksyen 11, Shah Alam dan dirasmikan oleh Proffesor DiRaja Engku Aziz.
  • Peserta terdiri dari para ilmuan dari beberapa buah universiti, NGO, guru-guru, pensyarah-pensyarah institut perguruan, persatuan guru-guru dan anggota masyarakat yang lain.
  • PEMBINA telah membentang dapatan kajian yang bertajuk, ‘Tahap Kompetensi Guru Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Menggunakan Bahasa Inggeris ( PPSMI )Serta Implikasinya Terhadap Modal Insan Murid’. Dapatan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Sahandri Gani Hamzah, Ketua Penyelidik Kajian dan Dato’ Hj. Abdul Raof Hussin, Pengarah Eksekutif PEMBINA.
  • Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ishak Haron dari UPSI membentang dapatan kajian bertajuk, ‘Kesan Dasar Pengajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Sekolah Rendah dan Menengah’.

BENGKEL COMMUNITY ENGLISH ENHANCEMENT PROGRAM

  • Dilaksanakan menerusi kerjasama UMNO Shah Alam dan Keith Wright dari International Language Academy (Brisbane), Australia.
  • Beberapa institusi lain telah mengambil munafaat daripada bengkel tersebut seperti CIST, Kolej Universiti MASSA, JASA dan KEMAS.
  • Bengkel diadakan pada 19/1/2011.

MESYUARAT AERONAUTIC SPACE & LAWATAN KE CTRM AVIATON

 

(BBPM) MENGETUAI KEURUSETIAAN BADAN BERTINDAK PERPADUAN MELAYU (BBPM)

Mengetuai Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) bagi pihak YKSM menerusi aktiviti-aktiviti seperti berikut :

  • Perjumpaan dengan YAB PM pada 20hb Mac 2008 dan YAB TPM pada 13hb Mac 2008.
  • Menyediakan warkah DiRaja untuk YDP Agung.
  • Menyediakan Deraf Titah DiRaja untuk YTM Tengku Mahkota Kelantan bagi merasmikan Majlis Perhimpunan Perpaduan Melayu pada 12hb April 2008. Titah tersebut telah mendapat respon yang hebat ketika itu.
  • Menyediakan Deraf Piagam Perhimpunan Perpaduan Melayu, sebagai hasil daripada Majlis Perhimpunan Perpaduan Melayu (MPPM).
  • PEMBINA telah mengambil bahagian dalam Kongres Pemuafakatan Melayu di Johor Bahru sebagai lanjutan daripada inisiatif BBPM.

UPSR & PMR PERBINCANGAN KUMPULAN FOKUS

  • Majlis Perbincangan Kumpulan Fokus Mengenai Pemansuhan Peperiksaan UPSR dan PMR anjuran PEMBINA telah berlangung di PWC, Kuala Lumpur pada 5 Ogos 2010 dan disertai oleh golongan cendiakawan institusi pengajian tinggi,guru-guru, NGO, persatuan guru-guru,pegawai Kementerian Pelajaran, penulis-penulis dan ibu bapa.
  • Perbincangan berfokus terhadap cadangan Kerajaan untuk memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR. Peserta majlis membincangkan kerasionalan di sebalik cadangan pemansuhan kedua-dua peperiksaan tersebut dan kesannya terhadap dasar pelajaran, sistem persekolahan, negara,pelajar-pelajar,guru-guru dan lain-lain aspek yang berkaitan.
  • Majlis perbincangan merumuskan, langkah pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR tidak wajar dilaksanakan. Satu kajian yang menyeluruh perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum sesuatu langkah yang menyentuh dasar pelajaran dilaklukan oleh Kementerian Pelajaran.

PROGRAM SKOR A SPM 2010

  • Program pendidikan ini dijalankan khas untuk pelajar-pelajar sekolah menengah bagi kawasan Parlimen Shah Alam yang akan mengambil SPM tahun 2010.
  • Seminar berfokus kepada pendedahan teknik dan strategi terkini menjawab soalan-kertas-kertas peperiksaan agar bilangan pelajar mendapat A+ dalam SPM bagi kawasan Shah Alam meningkat. Fasilitator terdiri dari pakar mata pelajaran dan pemeriksa kertas-kertas peperiksaan SPM yang terlibat secara langsung dengan peperiksaan SPM.
  • Seminar merupakan kerjasama antara PEMBINA, UMNO Bahagian Shah Alam dan Berita Harian.
  • Dilaksanakan sebanyak 2 kali iaitu pada 31 Julai – 1 Ogos 2010 dan 16 – 17 Oktober 2010 dan terbuka kepada pelajar-pelajar Melayu dan bukan Melayu.
  • Seminar pertama terbuka kepada pelajar-pelajar SPM Aliran Sains sementara seminar kedua untuk kedua-dua Aliran iaitu Aliran Sains dan Aliran Sastera.
  • Seminar pertama dihadiri oleh 361 orang pelajar dari 14 buah sekolah dan dijalankan di Bangunan UBSA, Shah Alam sementara seminar kedua dilaksanakan di Dewan Kuliah Kejuruteraan Awam, UiTM, Shah Alam dan dihadiri oleh 235 orang pelajar dari 12 buah sekolah.

MP3

MKKY

laman [1] [2]