Program & Projek Semasa

PANGKALAN DATA PENDIDIKAN MELAYU

  • Mengumpul dan menganalisis keputusan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM (2007-2011) untuk rujukan / profiling bagi merangka program-program yang berkaitan.
  • Mengumpul dan menganalisis bilangan pelajar-pelajar Melayu yang gagal PMR dan SPM (2007-2011) untuk tujuan rujukan dan perancangan program-program kemahiran.
  • Mengumpul dan memproses data-data pelajar Melayu tercicir (2007-2011) dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 untuk tujuan program-program yang berkaitan.
  • Mengumpul dan menganalisis maklumat dan data-data Melayu / Bumiputera dalam bidang keushawanan, professional, pengurusan dan lain-lain sama ada swasta atau awam untuk tujukan rujukan dan profiling.

MAJLIS KERJASAMA KEPIMPINAN YAYASAN (MKKY)

  • Mengendalikan penyelarasan Pembangunan Modal Insan melalui Pendidikan dan Latihan – dengan mengadakan Perikatan Strategik di antara Pengurus-pengurus Besar/Pengarah Yayasan-yayasan Negeri seluruh Malaysia berdasarkan Konsep Bermuafakat Membangun modal insan.
  • Tumpuan MKKY kini adalah untuk merencanakan inisiatif-inisiatif peluang kedua (second chance) kepada pelajar-pelajar sederhana dan lemah dalam SPM dengan mendorong mereka ke Pusat-pusat Kemahiran Yayasan (ILKY) seperti Kolej Yayasan Melaka, Yayasan Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan lain-lain.
  • Mesyuarat MKKY diadakan secara berkala pada setiap 3 bulan.

PROGRAM JARINGAN STRATEGIK

  • Mengadakan jaringan kerjasama dengan badan-badan / agensi kerajaan, persatuan-persatuan induk berteraskan Melayu dan Islam / NGO Melayu mengenai program Agenda Melyu melalui perbincangan meja bulat, pembentangan kertas kerja, perbincangan kumpulan fokus, forum dan lain-lain.
  • Mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan kementerian-kementerian, agensi-agensi kerajaan dan institusi-institusi pendidikan untuk merencanakan kerjasama di antara badan-badan pendidikan Melayu

PROGRAM SKOR A

  • Mengadakan kerjasama strategik dengan Berita Harian dan pelbagai institusi akar umbi serta pihak swasta bagi menganjurkan seminar Skor A yang disasarkan kepada pelajar-pelajar sekolah dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

PROJEK PUNCAK

Melaksanakan sebuah projek khas untuk membantu kumpulan lepasan pelajar sekolah (18 – 21 tahun) yang gagal dalam SPM atau tercicir dalam sistem persekolah bagi menjana kerjaya dan masa depan yang lebih cemerlang untuk mereka menerusi proses:-

  • Penjajaran pemikiran dan perubahan sikap
  • Pengupayaan kemahiran laku kerja
  • Latihan kemahiran insaniah (social skills)
  • Bantuan penjanaan kerjaya
  • Khidmat nasihat dan kaunseling secara berterusan

Sebagai permulaan, PUNCAK akan dilaksanakan secara pilot di 6 kawasan parlimen terpilih.

SEMINAR & DISKUSI

  • Melaksanakan siri seminar / bengkel / perbincangan meja bulat /untuk membincangkan isu-isu semasa pendidikan dan pembangunan modal insan.
  • Bagi tahun 2012, satu seminar kebangsaan akan diadakan di ibu Negara dengan melibat penglibatan pelbagai NGO, agensi kerajaan dan swasta bagi membincangkan isu-isu dan strategi untuk menangani masalah keciciran pelajar Melayu di Malaysia’.

PENYELIDIKAN & KAJIAN

  • Melaksanakan pelbagai kajian strategik dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan di Malaysia yang tertakluk kepada keperluan isu-isu semasa dan masa depan.
  • Bagi tahun 2012, satu cadangan kajian “Penilaian Impak dan Hala Tuju Baru Pembangunan Modal Insan Generasi Muda Malaysia” akan dimajukan kepada pihak EPU untuk pertimbangan geran penyelidikan.

PROGRAM PEMBANGUNAN DANA

  • Membangunkan jaringan ‘Rakan Korporat PEMBINA’ untuk menjana dana swasta bagi membiayai aktiviti PEMBINA

Comments are closed