28 May

Mesyuarat MKKY Terengganu

mkky21

Tarikh : 15 Mac 2014 – 16 Mac 2014

Tempat : Primula Beach Resort, Terengganu

Cincopa WordPress plugin

14 Aug

PEMBINA TURUT SERTA DALAM DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012

admin-DNPN3
( SIRI PERTAMA ) 

Daripada 29 April hingga 27 Mei 2012, beberapa siri Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 ( DNPN ) telah diadakan di 15 buah lokasi di semua negeri di Semananjung Malaysia , Sabah dan Sarawak termasuk Putrajaya untuk memberi peluang kepada rakyat melontarkan saranan,buah fikiran dan cadangan  mengenai pendidikan bagi membolehkan Kementerian Pelajaran menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan dalam konteks merealisaikan  proses  Transformasi Pendidikan   ke arah peningkatbaikan Dasar Pendidikan Negara.

Ahli  Panel DNPN terdiri daripada tokoh-tokoh dan mantan-mantan Ketua/ Timbalan Ketua  Pengarah Pelajaran serta pensyarah universiti yang berkelibar yang selama ini telah memberi sumbangan yang besar terhadap Dasar Pendidikan Negara. Di antaranya ialah Tan Sri Dato’ Hj. Wan Mohd. Zaid Mohd. Nordin dan  Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin Hj. Mohd Dom iaitu mantan-mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Dato’ Asariah Mior Shaharudin, mantan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, tokoh-tokoh akademik iaitu Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba dan Prof. Dr Teo Kok Seong serta tokoh yang lain seperti Tan Sri Dato’ Sulaiman Mahbod, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baaharuddin, Prof. Madya Dr. Suvamurugan Pandian dan lain-lain.

Sebagai NGO yang bergerak untuk meningkatdayakan pendidikan dan  bidang kemahiran  anak-anak Melayu Negara ini, PEMBINA turut serta dalam mengemukakan idea, pandangan dan cadangan dalam beberapa siri dialog yang dihadirinya. Di antara majlis dialog yang dihadiri oleh pegawai-pegawai PEMBINA ialah majlis dialog  di Negeri Sembilan dan Melaka, Selangor,Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Dalam majlis dialog-dialog tersebut, PEMBINA telah mengemukan beberapa saranan dan cadangan mengenai Dasar Pendidikan Negara yang sedang berjalan sekarang, sama ada secara berdialog dengan ahli panel atau mengemukakan beberapa memorandum yang bertulis  sebaik      sahaja majlis berakhir.Tujuannya,diharapkan melalui cadangan dan saranan tersebut, Kementerian  Pelajaran  Malaysia dapat menilai dan menggunapakainya untuk membaikpulih pelaksanaan Dasar Pelajaran hari ini.

Berikut ialah cadangan dan saranan yang telah dikemukakan oleh PEMBINA dalam majlis-majlis dialog DNPN yang dihadiri  dari 3 Jun – 14 Julai 2012 :

  • Kerajaan telah mengiktiraf lebih daripada 70 kursus Diploma Lanjutan daripada Kolej Tuanku Abdul Rahman ( KTAR ) yang dikuatkuasa serta merta. Dengan ini JPA dan Malaysian Qualification Agency ( MQA ) telah mengiktiraf  Kurusu-kurus keluaran KTAR. Ini bermakna perjuangan UTAR/ KTAR yang memperjuangkan pengiktirafan kursus-kursus dari kolej tersebut telah berjaya. Sehubungan itu, PEMBINA juga  memohon agar  Kerajaan, melalui KEMENTERIAN PELAJARAN TINGGI,JPA dan MQA mengiktiraf serta merta kursus-kursus Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan keluaran di semua 13 Institut Latihan Kemahiran Yayasan Negeri  ( ILKY ) yang sememangnya sudah diiktiraf oleh KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA dan JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN ( JPK )sama seperti mana keistimewaan  yang diberi kepada KTAR.
  • Melalui pengiktirafan ini, pelajar-pelajar ILKY akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Vokasional, institusi-institusi pengajian tinggi yang lain, berkhidmat di JPA atau   bekerja di industri-industri  dengan gaji yang setimpal dengan kelulusan mereka, sama seperti nikmat yang diperolehi oleh pelajar-pelajar UTAR/KTAR.

Diberitakan , Universiti China akan menubuhkan kampus cawangannya di negara ini. Kerajaan perlu sekali mengkaji kesan jangka panjang kelulusan  penubuhan universiti ini terhadap Dasar Pelajaran Negara, Bahasa Melayu dan polarisasi kaum di Negara ini. Penubuhan universiti ini akan menimbulkan polemik-polemik berikut:

    • Kampus cawangan universiti  berkenaan akan menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantarnya.
    • Kurikulummya tentulah berorientasikan China, Kebudayaan, Ideololgi dan Falsafah Kechinaan yang memang tidak sesuai dengan acuan  persekitaran dan politik Negara ini.
    • Pelajar-pelajarnya tentulah majoritinya kaum Cina kerana media penyampaiannya adalah melalui bahasa Cina.
    • Penubuhan universiti ini akan melengkapakan tuntutanan Dong Dzong yang mahu menjadikan bahasa Cina sebagai bahasa esklusif/ pengantar   di SJKC, dan Sekolah Menengah Comforming/  Sekolah Menengah Swasta Cina hatta sebagai bahasa pengantar universiti-universiti khas  untuk lepasan sekolah-sekolah Cina di Negara ini.
    • Penubuhan kampus cawangan Universiti China di Negara ini akan memberi kesan buruk terhadap dasar Kerajaan yang hendak memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Ini disebabkan masyarakat Cina akan lebih berminat, bangsa mereka  mendapat pendidikan awal di SJKC, SMComforming/ Sekolah Menengah Swasta/Persendirian Cina dan seterusnya ke universiti berkenaan kerana laluan ke arah itu sudah tersedia. Sekolah Kebangsaan hanya akan menjadi pilihan pelajar-pelajar Melayu sahaja.Di manakah konsep Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, apabila sekolah ini hanya diisi oleh bangsa Melayu sahaja?
    

DUA cadangan di atas, merupakan di antara beberapa cadangan dan saranan yang dikemukakan oleh PEMBINA pada 30 Jun 2012 di Hotel Riverview, Kota Bharu. Kelantan.Beberapa tuntutan yang lain akan dimuatkan dalam siri-siri berikutnya.


13 Jun

Taklimat PUNCAK Parlimen Gombak

DSC04252


Pada 29 April 2012
,PEMBINA dengan kerjasama UMNO Bahagian GOMBAK telah melancarkan satu program taklimat bagi peserta PUNCAK (Perkasa Usaha Untuk Cipta Kejayaan) Parlimen GOMBAK. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi itu berjaya mengumpulkan seramai 172 belia lepasan spm yang kurang cemerlang dalam peperiksaan untuk menyertai skim-skim pilihan mereka di bawah Program PUNCAK Daerah GOMBAK. Majlis tersebut dilaksanakan di S.M.K Seri Karamat, Gombak Selangor dan telah dirasmikan oleh wakil Ketua UMNO Bahagian Gombak iaitu Tn. Hj Abdul Rahim Kamarudin.

PUNCAK GOMBAK

Sesi sebelah pagi telah dimulakan dengan pendaftaran peserta PUNCAK. Pendaftaran tersebut melibatkan semua Skim iaitu Skim A, B dan C. Pemilihan Skim ini bergantung kepada minat peserta. Pihak sekretariat memberi maklumat dan panduan kepada peserta ini agar pilihan yang dibuat bersesuian dengan minat dan kebolehan mereka. Melalui ketiga-tiga Skim tersebut para peserta dipecahkan kepada bidang-bidang pilihan seperti Skim Latihan Kemahiran, Bekerja ataupun Berniaga Secara Kecil-Kecilan.

Program telah dimulakan dengan taklimat Program PUNCAK yang dikendalikan oleh En Khalid Adnan selaku Ketua Sekretariat Pusat PUNCAK. Dalam taklimat berkenaan beliau telah memberi gambaran khusus berkaitan Program PUNCAK secara menyeluruh dan kelebihan peserta yang menyertai program tersebut. Selepas sesi tersebut peserta diagihkan mengikut skim pilihan masing-masing.

Bagi peserta Skim A mereka di pecahkan kepada dua kumpulan mengikut pusat kemahiran yang dipilih iaitu di Kolej Komuniti atau Giat Mara. Wakil daripada pusat kemahiran tersebut telah memberi penerangan dengan lebih mendalam mengenai kursus-kursus yang ditawarkan diikuti dengan sesi soal jawab. Kemudiannya, bagi peserta Skim B, satu sesi temuduga diadakan oleh pihak DRB-Hicom. Terdapat 6 buah anak syarikat yang telah hadir pada hari berkenaan yang melibatkan sektor pembuatan dan perkhidmatan. Para peserta bebas memilih syarikat yang mereka minati untuk bekerja dan sebelum itu sedikit penerangan ringkas daripada semua syarikat yang terlibat telah dijalankan. Pengarah TEKUN Negeri Selangor telah hadir pada hari tersebut bagi memberi penjelasan secara lebih terperinci mengenai prosedur membuat pinjaman kepada peserta PUNCAK Skim C. Ramai peserta yang menunjukan minat untuk membuat pinjaman daripada pihak TEKUN dan sesi perbincangan turut sama dijalankan.

Majlis tersebut berakhir pada jam 3.00 petang.

04 May

Perbincangan Meja Bulat Semakan Sistem Pendidikan Kebangsaan

dialog3

Pada 21 April 2012, PEMBINA bersama YKSM telah menganjurkan satu Persidangan Meja Bulat Semakan Sistem Pendidikan Kebangsaan bertempat di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur sebagai persediaan awal untuk mendapat dan menjana input-input yang akan dibentangkan dalam Dialog Nasional Pendidikan Negara ( DNPN ) yang berlangsung pada 29 April 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC ).

Dialog Nasional Pendidikan Negara ( DNPN ) merupakan langkah penyemakan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapat pandangan, saranan dan cadangan dari  pelbagai  golongan rakyat  mengenai pendidikan negara secara telus dan terbuka. DNPN bergerak  melalui Siri Jelajah Dialog Pendidikan Nasional bermula pada  29 Apri l sehingga Julai 2012 di seluruh Negara.

Menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, penyemakan semula Istem Pendidikan Negara merupakan satu gerak kerja besar yang memerlukan pandangan daripada pelbagai pihak dari segenap lapisan masyarakat. Menurut beliau, tiada satu pihak pun yang akan tercicir bagi memberi pandangan dan saranan ke arah penghasilan laporan hala tuju system pendidikan yang akan diterjemahkan ke dalam bentuk perlaksanaan yang realistik dan berkesan.

Dalam hubungan yang sama, Pengerusi Dialog Nasional Pendidikan Negara, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zaid Mohd. Nordin menjelaskan diolog tersebut   merangkumi Sembilan ( 9 )  bidang yang meliputi guru, pemimpin sekolah, kualiti sekolah, kurikulum dan penilaian kurikulum,penguasaan pelbagai bahasa,peluang pasca sekolah, peranan ibu bapa dan komuniti, keberkesanan penggunaan sumber dan system penyampaian termasuk struktur urus tadbir Kementerian Pelajaran.

Perbincangan Meja Bulat Semakan Sistem Pendidikan Kebangsaan pada 21 April 2012 itu merupakan asas laluan kepada PEMBINA / YKSM mendapatkan  cadangan, saranan dan buah fikiran  dari tokoh dan mantan tokoh-tokoh pendidikan, NGO pendidikan, professor-profesor universiti, pensyarah- pensyarah, guru-guru dan orang-orang yang berkepentingan dalam pendidikan Negara yang dijemput khas untuk berbincang dan berbicara mengenai Dasar Pendidikan Negara. Rumusan cadangan dan saranan dari persidangan ini akan dikemukakan dalam DNPN dan sebagai Memorandum kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Perbincangan Meja Bulat ini dipengerusi oleh Y.Bhg Tan Sri Dato’ Hj. Hashim Meon, Presiden YKSM. Ucaptama disampaikan oleh  Tuan Hj. Sufaat Tumin, Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah ( Sektor Operasi Pendidikan ) yang mewakili Ketua Pengarah Pelajaran iaitu Y.Bhg Dato’ Sri Abd. Ghafar bin Mahmud.

Sebanyak empat ( 4 ) kertas kerja dibentangkan . kertas-kertas tersebut ialah :

           1. MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN SEBAGAI PASAK
               DASAR PELAJARAN  KEBANGSAAN
               PEMBENTANG : Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Isahak Haron

           2. MEMBANGUN MODAL INSAN MELAYU DALAM SISTEM
               PENDIDIKAN ISLAM
               PEMBENTANG : Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Dr. Mohd. Kamal Hassan

           3. MELONJAK PRESTASI PELAJAR MELAYU DALAM SISTEM
               PENDIDIKAN NEGARA
               PEMBENTANG: Y.Bhg. Prof Madya Datuk Dr. Mohammad Ali Hassan

           4. MBMMBI SEBAGAI PILIHAN DASAR TERBAIK MEMBENTUK
               JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA
               PEMBENTANG : Y.Brsh Dr. Faridah bt. Abu Hassan

Keempat-empat kertas pembentangan ini dibincangkan secara detail oleh peserta-peserta. Semua hasil rumusan perbincangan dijadikan satu memorandum untuk dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan sebagai input yang akan diketengahkan dalam sesi Dialog  Nasional Pendidikan Pendidikan Negara ( DNPN ) yang bermula 29 April sehingga 14 Julai 2012.